Kursus Latihan KOSPEN Pusat Ekonomi Digital

24 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2020, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Lenga Muar, telah berlangsung satu kursus latihan KOSPEN (Komuniti Sihat Pembina Negara) Pusat Ekonomi Digital yang dianjurkan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Muar bertujuan untuk beberapa perkara iaitu pengenalan dan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, amalan pemakanan sihat, amalan tidak merokok, hidup yang aktif, pengurusan berat badan, minda sihat, kemudaratan alkohol.

Tujuan kami memberi latihan melibatkan semua modul adalah untuk memperkasakan sukarelawan KOSPEN bagi memastikan semua objektif pelaksanaan program KOSPEN tercapai.

Kursus ini berlangsung selama 9 jam bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali